Dashboard | +Follow
Memory Perks
Misscommunication
Monday, October 29, 2012 • 11:15 AM • 0 comments

Assalamualaikum my darling darling! Yes, why ni? Eh, eh, why are you crying? Dont crying! You look very ugly.
Hahaha. My most funny and unbreakable memory.
Macam ni ceritanya. Dua waktu sebelum balik sekolah tadi aku tertidur dalam kelas. Sepatutnya, kemas kelas. Tapi, tengok orang lain buat tak tau je, aku pun tertidur selepas berborak tentang kisah dulu-dulu. Nazreen dulu pembuli. Okay sorry aku cop Nazreen macam tu, jangan marah.

Loceng terakhir dah berbunyi. Dah habis sesi persekolahan untuk hari ni. Aku mengemas beg. Kemudian mengelap kanta cermin mata aku. Pakainya. Mengesat-ngesat pula mata aku. Rasa kabur pulak. Masih kabur. Aku keluarkan botol air. Basahkan mata aku.
Semua orang dah balik. Cuma tinggal aku, Nazreen, Irra dan beberapa apek kelas aku.

Yew Wei dan Kai Loon dah kunci pintu belakang. Pintu depan masih terbuka luas untuk kami bertiga.
"Lu bila mau balek ni Fatin?" tegur Yew Wei kepada aku apabila melihatkan beg aku masih belum berzip. Sewaktu itu aku masih lagi membasahkan mata aku dan masih berpaling di belakang.

Aku memandang ke arah Yew Wei dan Kai Loon yang berdiri tepat di hadapan meja aku. Tanpa sempat aku mengelap air masak yang mengalir dari mata turun ke pipi aku, maka terlihatlah oleh apek berdua ni keadaan aku.
"Omg! Fatin lu nangis ka? Jangan nangis maa," ujar Yew Wei.
"Wei, aku cuci mata je la," aku memang sedang berkata benar.
"Lu jangan nangis la. Tisu mau tisu?" Kai Loon pula kedengaran seperti memujuk aku. Dia bercakap sesuatu dalam bahasa Cina kepada Yew Wei yang mungkin bermaksud "Tisuuuu! Tisuuuu!"
"Eh, eh, tak adalah," dengan pantas dan tuntas aku mengelap pipi yang basah. Irra dan Nazreen yang menunggu aku di hujung pintu tersengih-sengih. Bukan nak back-up aku.
"Nah, saya ada tisuuuu! Ambik la, ambik," Yew Wei menawarkan sehelai tisu kepada aku. Nak tak nak, ambik je lah. Aku dah cakap berkali-kali, diorang tetap macam tu hmm oukey jelah. Diorang ni hundred percent salah faham. Ape, dia fikir aku ni takde kerja lain asyik nak nangis je.

Dengan tisu pemberian Yew Wei, aku mengelap sisa air botol di mukaku sambil berpusing ke belakang. Aku dapat mendengar suara apek berdua tu buat-buat lawak la kononnya. "Dont cry, bloo bloo bloo.." Bunyi macam nak mengutuk aku pun ada jugak. Aku berpaling kembali dan senyum kepada mereka berdua.
"Thank you for the tissue," ucapku dengan penuh formal. Kemudian, mereka keluar kelas. Aku menghembus nafas lega.
Entah apa-apa je lah mereka ini.

Tapi mereka soooo swwweeeetttt ~

Maka, pengajaran saya hari ini ialah, biarpun mereka cerdik pandai dan sentiasa mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan kira-kira, mereka tetap tidak memandang rendah terhadap orang lain dan mengambil berat tentang orang lain serta mengamalkan dasar 1Malaysia. Dah, ape pulak aku mencarut ni.

Gtg, this Friday is my first day playing bowling game and I hope could win it :)
Truly, the piranha mouth,
Fathiyah.

x



•
Her Life Unscripted

people left. memories stay :) ur feelings is valid . it could be good or bad . live with it . « Go back to entries
« Look her profile


[!] MEMORY MUNCHIES 💖[!]

Throwback Thrills