Shitday Saturday .
Saturday, September 22, 2012 • 6:44 AM • 0 comments
Disarankan jangan makan ketika membaca post ini . Kerana ada
tahi di post ini . Maybe .
Hari ni ada acara berjalan-kaki lenggang-lenggang di sekolah
. 10, 000 langkah konon . Buat satu round keliling sekolah je . Yang aku pergi
haritu 6.8 kilometer . Ni agak-agak 68 meter je ni . Hari ni budak Lk kelas aku
kena buat autoCAD kat makmal komputer iaitu kerja kursus kami . Ada sesetengah
budak tak datang sebab ada hal tertentu yang telah dinyatakan semalam . Dan ,
aku tak pergi atas sebab ikut kehendak sendiri tanpa menyatakannya kepada cikgu
. Bangang bukan .
Okay . Pagi tu sebelum acara warm-up , aku nampak cikgu Ain ada kat depan astaka . Ternampak
pulak Bryan terkejar-kejar cikgu tu dengan beg Lk dia . Mesti dia tanya pasal
kelas autoCAD tu . Lepas tu , dia pergi tempat duduk dia balik sambil menggeleng
kepala . Pada firasat aku , mungkin harini tak ada kelas autoCAD tu . Dan aku
menanam hasrat aku tak nak hadirkan diri ke kelas tersebut . Laptop aku pun tak
bawak , jadi mungkin aku boleh menghadiri kelas tersebut pada lain hari .
Nazreen dan Irra bergaduh dalam diam . Maaf sudah dihulur
ber-gazillion kali , namun Irra tak mahu menerima maaf Nazreen . Sepanjang hari
tu aku temankan Irra . Hari ni adalah first time mereka bergaduh . Hmmmm .
Lepas acara jalan kaki keliling sekolah , aku pergi tulis
nama kat lucky draw . Duduk berehat kejap . Tup-tup aku dapat tahu yang hari ni
ada pulak acara kerja kursus autoCAD tu . Aku cakap kat Izni aku tak nak pergi
. Aku rasa nak having fun kat pesta pendidikan tu . Masa tu semua budak Lk dah
berkumpul kat bengkel . Tak tau kenapa diorang kumpul kat bengkel . Sedangkan
nak buat kerja kursus di makmal komputer . Hmm , cikgu Mazli tak bagi sesiapa
naik bangunan tingkat atas . Mungkin cikgu Ain ada laluan rahsia kat bengkel tu
yang akan menuju ke makmal komputer .
Jam 12.15 tengahari . Waktu tu aku berada di koperasi
melihat demonstrasi orang masak megi . Nelda dengan Lim Pei Jin pun turut serta
untuk sama-sama memasak megi . Heheh . Megi murtabak . Kemudian aku dalam
perjalanan menuju ke foyer . Tiba-tiba mata aku tertancap pada tiga orang budak
Cina yang very ku kenal . Kai Loon , Bryan , Yew Wei . Diorang tengah menuruni
tangga . Wahh , mesti kelas autoCAD yang berada dalam zon aircond tu dah
berakhir . Lepas best-best lepak kat foyer , aku rasa nak pergi kantin . Masa
tengah crossing in line kat tapak tapak perhimpunan , Sham yang tengah lalu kat
foyer sweet dan panggil “Tyyyyaaaahhhhh!!!” dengan suara yang kuat . Kuat tu
boleh tahan kuat jugak , tapi tak berapa kuat sebab suara dia tak lantang dan
tidak mencucuk . Selamat jugak la lubang telinga aku . Lepas tu dia tanya aku
apa pasal lu tarak datang tadi dan gua jawab malas . Conversation aku dan dia
berakhir dengan jelingan mata yang malas . Aku dengar nada dia ketika itu tak
berapa enak .
Kemudian , aku pergi balik ke koperasi . Terserempak dengan
Nazreen . Katanya cikgu Ain bertanyakan ke mana hilangnya aku dan marah kat aku
. Wahhhh ! Ini sudah cukup bagusssss ! Thumbs up for me . Kemudian Izni dan Fatini mencari aku pulak .
Betul lah kata Nazreen , cikgu Ain memang marah . Fatini yang jadi mangsa
kemarahan , dan Fatini yang backup aku . Tiba-tiba hati aku jadi tawar . rasa
tak ada kekuatan lagi nak having fun . Oh-so-sial . Patut lah tadi Sham macam
marah dengan aku .
Memang salah aku pun . Aku tak dengar cakap Fatini . Okay ,
I’m not blaming anyone here . Cikgu Ain . Fuhhh , susah nak jangka mood dia
woyy . Memang lah satu kesilapan besar aku ingkar arahan dia . Sifat cikgu Ain
macam singa-menyinga . Lagi-lagi kalau student dia buat taik kat dia . Dua
student kat kelas dah jadi bahan kerisauan(actually kemarahan) dia sebab asyik
tak datang je .
Alahai . Aku baru nak sayang kat cikgu Ain . Dah takut pulak
kat beliau . Padan muka aku . Banyak yang aku ketinggalan kat kelas autuCAD tu
. Doggone . Yes , ayat kebabian bermain-main dalam fikiran aku . Cikgu Ain dah
banyak kali mention sifat kemarahan dia masa kat kelas Lk . Kebodohan menerpa
diri aku kerana tak dengar nasihat cikgu dulu . Bodddoooohhhh .
Masa nak balik , lalu kat depan bilik peperiksaan ,
tiba-tiba terserempak dengan cikgu Norazilah . Cikgu Norazilah teliti muka aku
, mungkin sebab aku berjalan dengan Nazreen , beliau macam pernah nampak susuk
badan aku . Lepas dah recognized wajah aku , maka beliau kenal aku dan panggil
aku . Adalah kerana hari ini aku tak pakai cermin mata . Dia mintak tolong susun
kerusi merah kat port orang masak megi tadi . Sikit je pun . Ternampak pulak
cikgu Ain kat situ tengah berborak . Taik . Aku sedaya upaya sorok muka aku . Berharap
cikgu Ain tak ternampak kelibat aku dan menegur aku . Huh .
Dah habis tolong ckigu Norazilah , aku dan Nazreen ke booth
BH . Ada cabutan bertuah . Pergh , nama aku tak kena . Dah habis acara Lucky
Draw . Ada lagi satu . Last , penutup . Buat tarian Gangnam pulak abang ni .
Aku duduk kat astaka , tengok je . Nelda je yang syok berdiri sebelah abang tu
dan menari . Enjoy betul budak tu . Balik rumah seorang diri . Ditinggalkan
oleh adik aku di belakang . Kaki dia panjang . Benci .
Balik rumah aku membuta . Nak buang segala
keserba-tidak-kenaan aku ni . Arrggghhhh . Dah tidur 5 minit , bangun balik .
Hati tak tenteram . Pergi bukak laptop . Cari autoCAD 2007 . Tak ada . Dan
laptop tu bernasib baik kerana tak ada makian khas untuknya . Kemudian aku
menyatakan kepada Abah yang aku perlukan software autoCAD dalam laptop tu .
Dulu masa Abah kursus memang ada . Dulu la .
Lepas menyatakan hasrat aku , masuk bilik lagi . Baca novel
omputih sambil ditemani Besta . Bila ada perkataan yang aku tak faham , bukak
Besta . Bila Besta tak dapat bagi jawapannya , aku bagi dia makian pulak .
Begitulah kisah aku dan Besta .
Petang tu , Abah belikan CD software autoCAD . Bila Abah
kata yang dia beli software autoCAD 2011 , mahu pengsan aku dibuatnya . Katanya
autoCAD terbaru sekarng yang di pasaran 2010-2013 je . Pelik . Sedangkan masa
nak beli tu pun Abah sempat tanya lagi apa software yang aku perlu . Dah tu ,
bila bukak software tu bukannya autocad , tapi autodesk ! Ni kerja orang nak
buat bangunan , bukannya kerja kursus punya software . Warggghhh ~
Apelah orang kedai ni . Tak kan la lu tarak suka menyimpan sejarah autoCAD . Asyik nak yang latest je .
Yesterday was my dreamday , today is my shitday , what's about tomorrow ? Waiting for it .
Aku rasa emosi sedang menghantui diri aku . Aku ke dapur dan
menggeledah laci , peti sejuk dan chiller . Yes , ada makanan . Aku sayang
dapur rumah aku , khazanah makanan yang tak pernah putus-putus bekalannya .
Jadi jangan tanya aku kenapa aku tak pernah kurus biarpun setiap petang aku
berjoging .
Huh . Hati aku dah tenang sedikit , tapi fikiran aku masih
kusut . Mesti Fatini kena marah dengan Mak dia pulak kan . Sekarang aku
berdepan masalah dunia , autodesk 2011 . Taik-hidung-betul . Esok nak beli
software yang diperlukan tu . Kalau tak ada jugak , terpaksa lah aku tebalkan
muka jumpa cikgu Ain hari Isnin nanti . Harap beliau tak naik angin bila tengok
aku .
Doakan aku tak dimarahi teruk .
Ketakutan menyalurkan keberanian . Truly , Assalamualaikum .
Fathiyah .
Gambar hanya sekadar kiasan .
x
Her Life Unscripted
people left. memories stay :) ur feelings is valid . it could be good or bad . live with it . «
«
[!] MEMORY MUNCHIES 💖[!]
Throwback Thrills

