Dashboard | +Follow
Memory Perks
Let's walk together 10,000 steps :)
Sunday, September 9, 2012 • 7:18 AM • 0 comments

Assalamualaikum , Malaysia ! Hari ni hari Ahad . Hari minggu dan hari cuti .
Semalam dan hari ni telah diadakan hari "Let's walk together 10,000 steps" kat CityPark , anjuran Kementerian Kesihatan Negeri Sembilan . Jauh perjalanan dalam kira-kira 6.8 kilometer . Ingat aku nak menyombong nak kata 68 kilometer . Wahaha , 68 km naik keta pun dalam sejam pun belum sampai , apelagi berjalan kan . Haha .
Ramai jugak la yang datang . Berpusu-pusu . Lautan manusia ! Wahhh ... Time register punya la sesak . Mengalahkan sesaknya ikan yang berebut nak diberi makan kat CityPark tuu .

Sewaktu menunggu Emak ku yang badannya kenit nak me-register dalam kesesakan tu , datang la orang tengah penganjur KK dengan beg plastik besar gedegang berisi bendera (sebenarnya aku tak tau ape namanya, main tulis je) bagi aku dan adik-adik bendera Malaysia . Free . Syok neee . Tak payah bayar . Terheret-heret orang tu haa menarik beg plastik tersebut .

Yeah ! Kibarkan jalur gemilang anda dengan penuh bangga jika kamu sayangkan Malaysia ! Jangan malu mengibarkannya biarpun ketiak anda sedang basah yo ! Ghahaha .

Ojan atau nama sebenar Fauzan, dah tak sabar-sabar nak buat warm-up tu.

Acara berjalan sejauh 6.8 km sudahpun bermula . Aku dengan Ojan kat depan , tertinggal Mak dengan Ain kat belakang . Aku ditugaskan menjaga Ojan daripada berjalan sendirian . Sudah la dalam lautan manusia yang pelbagai kaum dan saiz pulak tu . Mahu pulak Ojan berlari melepasi aku . Terpaksa la aku mengejarnya dari belakang . Semua orang tengok .
"Wahh, bagus kakak ni. Jadi babysitter anak orang." Cehhhh .
Masa walkathon tu terserempak pulak Phang Chauchau , Edmund dengan Bryan . Phang orangnya memang peramah . Phang terjenguk-jenguk nak tengok muka aku . Maklumlah , aku pakai tudung meleret ke depan . Susah nak tengok muka . Lepas tu dia cuit bahu aku yang gendut ni dengan bendera keding dia tu . Tajam mata aku memandang dia dengan mata yang buntang . Mau terpelanting Phang dibuatnya . Edmund dengan Bryan tergelak melihat . Heheh .
"Hai Fatin. You buat apa kat sini?"
"Eh. Kau ni takkan tak nampak aku buat apa. Walkathon la."
"Wauu, unbelievable..."
"Apahal lak kau cakap camtu?"
"Eh, nothing.. Jarang nampak you masuk charity ini.."
"ohhh.."
Senyap . Aku berlari mendapatkan Ojan di depan , meninggalkan Phang di belakang . 

Aku dapat melihat lautan manusia . Di hadapan . Di belakang . Perjalanan masih jauh yaa . 
Dah 4 km Ojan kata dia nak duduk . Penat katanya . Aku kata kat dia , kalau duduk nanti bontot berat . Dia teruskan jua atas suruhan aku . 
Dah hampir sampai . 6 kilometer sudah berlalu . Mak dan Ain sudah amat jauh ketinggalan di belakang . 
Ada sekumpulan budak India . Sekolah menengah agaknya pada tafsiran aku . Bendera mereka jatuh . Ada pulak sorang tu pegi pijak-pijak bendera kebanggaan tu ! Terjojol mata aku . Ojan ternganga . Lepas tu , toleh kat aku , "Budak tu tak hormat bendera negara." . Aku hanya tersenyum tawar . Dan menyambung perjalanan .

Suka la tu dah sampai garisan penamat. Buat oppa gangnam dance pulak kat situ tanpa segan silu woo.

Abah tak join pun. Abah tunggu kite kat depan garisan penamat -,-

Yeah ! Akhirnya tiba jua daku ..

Amboi , sukanya akak ni dah habis acara walkathon beliau . Habis basah lencun badan nya . Selesai membakar 294 kalori . Tapi bila balik rumah , makan nasi lemak pulak , sambung malamnya , nasi ayam lagi . Gahaha .

Truly ,
Fathiyah .

x



•
Her Life Unscripted

people left. memories stay :) ur feelings is valid . it could be good or bad . live with it . « Go back to entries
« Look her profile


[!] MEMORY MUNCHIES 💖[!]

Throwback Thrills