I'm sorry my friend .
Saturday, August 11, 2012 • 9:03 AM • 0 comments
Semalam got Lk class . Aku baru nak start bab oblik , macam orang lain gak . Ada beberapa budak yang expert dah pass bab ni .Izni , Fatini , Sai , Jia Yi , Haziq . Jia Yi dah pergi masuk bab yang latest , 'pandangan bantuan' . Budak lelaki yang expert tu tak datang . IDK their motif . Izni tak nak belajar bab baru tu , dia nak ajar budak lain . Nazreen tak datang , so Izni dengan Fatini teman aku kat port aku .
Masa aku tengah khusyuk lakar lukisan aku , tiba-tiba aku ternampak Fatini tengah buat bab oblik . Soalan satu . Sama dengan aku . Berkerut sejuta dahi aku . Aku tertanya-tanya , bukan ke hari tu dia dah habis chapter oblik ? Aku tanya kat dia "Beb, kan ke kau dah siap chapter ni?" belum sempat Fatini menjawab , Izni menyibuk ,"Dia buat balik la. Haritu dia tersalah buat." Izni conduct Fatini masa tu .
All of sudden , geng Sham pulak panggil Izni . Tinggal lah aku berdua dengan Fatini kat satu meja tu . Aku tak tengok pun apa yang Fatini buat . Adalah sekejap-sekejap tu aku jeling sikit kat lakaran dia tu . Aku tak berani nak tunjuk dia apa-apa . Sebab chapter oblik tu dia dah habis , jadi aku biarkan dia buat seorang diri .
Fatini tergaru-garu . Aku dengar dia mengeluh . Aku toleh jap kat lukisan dia . Aku bezakan lukisan dia dengan aku punya . Pelik , soalan yang sama . Tapi kenapa saiz lakaran aku dan dia berbeza ?
Aku tanya dia apa yang salah nya . Dia pun jawab yang dia tak tahu . Aku tunjuk-tunjuk ukuran tu ukuran ni kat atas kertas tu . Dia tak faham . Jadi aku teruskan sambung tugasan aku .
Izni dah habis tunjuk ajar kat geng Sham . Dia datang kat meja aku dan Fatini . Izni tengok kerja Fatini . Fatini cakap dekat Izni yang dia tak boleh buat . Izni baru nak bukak mulut , ada pulak orang panggil dia . Izni suruh aku ajarkan Fatini . Aku tak tahu apa nak ajarkan kat Fatini . So , aku suruh dia buat ukuran dulu .
Dan aku teruskan kerja aku . Dah hampir siap . Aku biarkan Fatini dengan kerja dia . Mesti lah dia tahu apa yang patut dia buat .
Izni datang lagi . Dia tengok Fatini masih tak siap lagi . Dia dah mula la start membebel dia tu . Dia tanya aku kenapa aku tak ajar Fatini tadi . Aku tengok lukisan Fatin . Masya-Allah , tak siap lagi budak ni ! Aku just senyap je .
Izni ajarkan Fatini . Dia kata kat aku , apa punya kawan tak ajarkan kerja tu . Aku berhenti buat kerja aku . Aku tengok apa yang Izni ajarkan Fatini . Sambil-sambil tu Izni cakap aku sepatutnya ajarkan Fatini sebab Fatini tak dapat nampak objek tersembunyi tu . Aku pandang Izni dengan Fatini . Masing-masing pandang aku . Izni geleng kepala . Fatini muka serius . Aku muka kesian .
Aku terasa dengan kata-kata Izni tu . Aku dah tak nak dengar lagi apa yang dia cakap . Aku terus palingkan badan aku dari diorang dan sambung kerja sorang-sorang . Rasa terhiris hati kecil aku . Tiba airmata aku bertakung . Aku tunduk . Aku rasa bersalah tak ajarkan Fatini . Cikgu Ain datang . Cepat-cepat aku kelip-kelip mata .
Sepanjang dua masa PNP tu aku langsung tak bercakap dengan Izni dan Fatini . Aku hanya tunduk buat kerja aku . Aku tak peduli dah apa yang berlaku di sekeliling .
Loceng dah berbunyi . Waktu kelas Lk pun dah habis . Aku kemas barang aku . Selalu nya Fatini akan tolong aku kemas . Tapi hari ni tak . Dan aku harap dia akan pergi keluar dari kelas tu . Aku rasa malu nak tengok muka dia .
Tapi tak , Fatini tetap tunggu aku . Aku malas nak pandang muka dia . Dan .. Kami kelaur dari kelas Lk seiring dan sejalan . Sepanjang perjalanan ke port geng aku , Fatini pegang tangan aku . Dia cuba buat lawak bodoh dengan aku . Selalunya aku akan tergelak . Tapi hari tu aku cuma senyap .
Fatini kata tangan aku sejuk . Yup , tangan aku akan sejuk bila aku tak yakin dengan diri aku . Begitulah diri aku .
Hari Jumaat balik pukul 12 . Sebelum balik tu , aku dengan Fatini pergi PSS . Tugas . Tapi balik awal , sebab cikgu meeting . Sepanjang perjalanan balik tu pun Fatini asyik pegang aku . Kejap-kejap peluk aku , kejap-kejap pegang tangan aku . Aku tak membalas . Biarlah .
Fatini kata dia sayang aku . Sangat-sangat . Cara dia layan aku berbeza dengan kawan yang lain . Lesbian ? Hmm , adalah sikit-sikit . Tapi nasib baik dia tak ade niat nak kawen dengan aku . Fuhh .
Kat rumah Fatini . Dia tak pakai tudung masa tu . Saya tak akan tunjuk aurat kawan saya .
Assalamualaikum :)
Fathiyah .
x
Her Life Unscripted
people left. memories stay :) ur feelings is valid . it could be good or bad . live with it . «
«
[!] MEMORY MUNCHIES 💖[!]
Throwback Thrills
