Dashboard | +Follow
Fathiyah.
Friday, November 13, 2015 • 9:28 AM • 0 comments

Assalamualaikum. Hi. Agak lama jugak lah tak bukak blog ni. Sampai jari aku pun dah kekok nak menaip sebab dah lama gila kott tak update blog. Since dah habis spm ni aku habiskan sisa-sisa hidup aku dengan mereput sahaja di rumah dan menjalani rutin hidup yang teramatlah boring. Boring sebab member lain dapat sambung belajar, jauh dari rumah, tapi aku?huhuhuhuhu

hm. aku ada masuk form six dulu. tapi beberapa minggu sebelum exam sem 2, aku quit. sebab aku seriously memang tak mampu dah nak carry on, dengan frust tertonggek yg tak habis-habis nya lagi. rasa cam sia-sia gaklah aku bazir masa setahun dengan benda boring ni. tapi, alhamdulillah, classmates form six pun sporting belaka, mostly perempuan and tak ramai pun. aku kelas 6 hishamuddin, kelas sastera, and subjek aku tak banyak pun sebenarnya. cuma aku je yang bega nak mampus belajar pun nak taknak je.

gambar sem 1 dulu. hohoho   kurus tak aku hehe time ni aku amik supplement herbalife eheh. and time ni jugak aku mulakan first step nak berubah. yelah dulu kan aku perangai cam setan sana sini nak menganjing hahah

masa aku form six tu jugaklah aku dapat beli smartphone guna duit sendiri hihi seronoknye dapatlah merasa nak guna mende alah whatsapp yg semuaorang bangga-banggakan tu hiks. lepastu aku main wechat je. hari-hari update moment hahah. tapi khidmat phone aku ni kejap je, sebab ada lah satu hari ni, aku berebut phone dengan member aku terus screen dia cracked. mau aku menangis tersedu-sedu kat dalam kelas. depan-depan cikgu rahman pulak tu. sikit-sikit nak pergi tandas lap air mata lap hingus huhuhuhu sodeh *cengeng ah

dina. jujur aku dulu time sekolah menengah aku benci gila kat dia. dia pun memang benci gila kat aku hahahah. bila dapat tahu sama form six dengan dia, pergh menyampah gila kot. tapi tak lama lepastu, ada lah seorang hamba abdi yg mulia dan supercute ni cuba satukan kitorang. so far so good, keluar makan sekali je kitorang dah jadi bestfriend hihi thanks dina sebab selalu belanja makan. maka, kesimpulannya, takdenye istilah "sekali aku dah benci, sampai bila-bila aku tetap benci kau" ahhh semua itu dusta

time ni.... ah maleh nak cite. buat aku blushing bila throwback balik gambar ni hehe

gambar ni. aku masih ingat. time ni hari jumaat. siang tu aku ada training volleyball kat sekolah dengan budak aliran perdana. time azan asar tetiba dina call atul, dina waktu tu ada kat hkl dengan member-member sekolah dulu. katanya, akmal dah pergi.... allahu. aku macam tak percaya. aku menangis kat bahu faratul. sebak tak dapat minta maaf  kat dia buat kali terakhir. budak paling happening dalam kelas, dia yg pergi dulu..

gambar ni pulak time ni sem 2, aku tengah buat kajian kerja kursus pasal teknologi makanan kat kampung batu tiga, mambau. aku pergi dengan faratul. nasib baik ada member tau 

ni gambar minah-minah time sem 2. waktu ni chen nak quit. kuaja betui photoshoot tak ajak aku. budak laki pun dah tinggal dua orang je huhu

hujung tahun 2014 aku start pakai braces yihii akhirnyo dapat jugak pakai. sakitnya memang terrible gak ah. memang kena pikir berkali-kali jugaklah kalau nak pakai braces ni huhu. sakitnya memang tak terkata lah. sanggup tak makan seminggu sebab tak tahan sakit gigi wei. ni pun hari-hari bawak bekal bubur poie sekolah

kengkadang selalu gak ah ponteng dengan dina and tendot. time ni sebelum dina dapat lesen kereta. pergi sekolah mesti nak merempit bertiga hahahah walaupun ponteng dua orang makwe ni gigih jugak nak revision.

form six ni takdelah susah mana pun. mungkin sebab aku bega sangat, belajar pun main-main je. sampai semua result gagal huhuhu



best jugak bila throwback balik gambar dulu eheh. tapi yg kat sini sikit jelah aku tunjuk. ig aku pun dah delete, moments kat wechat aku pun banyak kena delete, sebab muka aku teramatlah comel haha puih


x



This girl is story-telling

people left. memories stay :) « Go back to entries
« Look her profile


[!] IMPORTANT [!]

Back to past